Latihan Asas Microsoft Office dan Pertandingan Menaip

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lepas, 22 Jun 2019, bersempena dengan hari terbuka, PI Kg Luak telah mengadakan latihan asas Microsoft Office dan seterusnya mengadakan pertandingan menaip.

Seramai 9 orang peserta dewasa menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini bertujuan untuk menguji ketangkasan menaip para peserta dan pada masa yang sama untuk mempraktikkan ilmu yang diperolehi dalam latihan asas sebelumnya. Semasa pertandingan berlangsung, para peserta bebas untuk bertanya kepada pelatih sebarang masalah yang mereka hadapi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali